Tuesday, September 17, 2019

PENULISAN REFLEKSI NPDL GKK1043 DAN GKB1053



LAPORAN REFLEKSI SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI TUBUH BADAN MANUSIA.
Pada 10 september 2019 yang lalu, ujian SEGAK dan bleep telah dilaksanakan. SEGAK adalah singkatan daripada Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia. Tujuannya adalah untuk membantu melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.

                  




 



        Pada hari kejadian, telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik bagi memanaskan badan bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Hal ini membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan ujian yang akan datang. Ujian SEGAK dimulakan dengan ujian naik turun bangku yang dijalankan selama 3 minit mengikut metronome rentak 96 detik seminit. Pada ujian ini saya dapati skor ujian meningkat daripada 110 kepada 156 pada ujian post. Peningkatan kadar denyutan nadi adalah kerana ujian ini merupakan ujian yang pertama dilakukan dan berkemungkinan saya gugup dan tidak bersedia dengannya. Faktor kedua juga adalah disebabkan ransangan daripada luaran iaitu orang ramai telah melihat saya melakukan ujian menyebabkan saya kurang bersedia dengannya. 

        Seterusnya, ujian ukur jisim berat badan (BMI) saya juga meningkat daripada 60.7 kepada 61.9. Hal ini disebabkan oleh faktor dalaman yang menyebabkan saya stres, sehinggakan tubuh akan menjadi tegang dan merembeskan hormon yang menyebabkan peningkatan nafsu makan. Manakala tinggi saya menurun daripada 158 kepada 157.5.
        Kemudiannya, diikuti pula dengan ujian jangkauan melunjur yang meningkat daripada 27 kepada 29 pada skor ujian post. Walaupun peningkatannya tidak ketara namun saya dapat  dirasai kadar fleksibiliti tubuh bertambah meningkat. Hal ini menunjukkan keupayaan sendi dan otot saya melakukan julat pergerakan yang maksimum. Penggunaan otot seluruh tubuh badan terutamanya kaki dan tangan dapat dirasakan. Dengan ini, latihan yang berterusan perlu dilakukan bagi mencapai julat yang diingini.

        Pada ujian ringkuk tubi separa, skornya ialah daripada 20 kepada 25 skor pada  ujian post. Saya mengikut metronome 50 detik seminit bagi melancarkan proses pernafasan sewaktu melakukan ujian. Saya juga dapat merasakan keupayaan otot saya menguncup berulang-ulang kali dalam masa seminit yang melibatkan penggunaan otot pada bahagian perut iaitu abdomen.

        Selain itu ialah ujian tekan tubi, saya dapati skor saya telah menurun iaitu daripada 33 kepada 30. Hal ini berkemungkinan kerana daya tahan dan kekuatan otot saya yang lemah pada hari tersebut.

Akhir sekali, ujian bleep paling ketara meningkat iaitu daripada 3.2 kepada 4.1. Hal ini berikutan peningkatan mobiliti sosial misalnya pada daya tahan kardiovaskular iaitu keupayaaan jantung mengepam seluruh darah ke seluruh tubuh badan meningkat dari semasa ke semasa serta pengawalan pernafasan yang betul. Peningkatan ini juga disebabkan oleh faktor luaran iaitu sokongan daripada  rakan-rakan.

KESIMPULAN
Jika diberi peluang untuk melakukannya lagi, sememangnya saya berbesar hati. Saya ingin membaiki skor segak saya supaya menjadi lebih tinggi dan menunjukkan peningkatan yang lebih ketara. Terutamanya pada skor jangkauan melunjur, naik turun bangku dan ujian tekan tubi separa. Majulah sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment